Options
Kesejahteraan Ekonomi Digital Menurut Al-Quran: Strategi Mencegah Penipuan Muamalat di Alam Maya
Date Issued
2025
Author(s)
Mohamad Naim Fikri Norazmi
Abstract
Era ekonomi digital masa kini telah mengubah landskap muamalat global melalui penggunaan teknologi dan platform e-dagang yang semakin meluas. Walaupun kemajuan ini meningkatkan kecekapan transaksi, ia juga membawa cabaran seperti peningkatan kes penipuan muamalat secara maya yang menjejaskan kepercayaan dan kesejahteraan ekonomi umat Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti konsep kesejahteraan ekonomi digital menurut perspektif Al-Quran dengan menumpukan kepada prinsip al-ṣidq (kejujuran) dan al-amānah (amanah) sebagai strategi pencegahan penipuan dalam urus niaga atas talian. Masalah utama yang diketengahkan ialah ketiadaan kerangka kawalan berasaskan prinsip wahyu yang dapat menyeimbangkan antara inovasi teknologi dengan pemeliharaan maqasid syariah seperti ḥifẓ al-māl (penjagaan harta) dan ḥifẓ al-dīn (penjagaan agama). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis tematik terhadap ayat-ayat Al-Quran berkaitan etika perniagaan, kejujuran, dan tanggungjawab sosial, serta analisis dokumen terhadap laporan kes penipuan atas talian di Malaysia. Hasil yang dijangka menunjukkan bahawa penerapan nilai al-ṣidq dan al-amānah dapat memperkukuh integriti perniagaan digital, mencegah penyelewengan muamalat, serta mewujudkan ekosistem ekonomi patuh syariah yang selaras dengan Visi Madani dan maqasid Al-Quran. Kesimpulannya, Al-Quran berperanan bukan sekadar sumber spiritual tetapi juga asas strategik bagi membentuk sistem kawalan ekonomi digital yang beretika, adil dan berorientasikan kesejahteraan sejag at.
File(s)
Loading...
Name
Kesejahteraan Ekonomi Digital Menurut Al-Quran Strategi Mencegah Penipuan Muamalat di Alam Maya.pdf
Size
1.38 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d5eeded5028ff19d957df36f2f28a319