Publication: Pembelajaran Dan Pengajaran Tafsir Maudhu’i Dalam Pasca Covid 19
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Asas istimbat hukum ialah daripada al-Quran dan diagab sebagai sumber yang pertama dalam Islam. Cara untuk memahami al-Quran itu tidak dapat tiada mesti mempelajari ilmu Tafsir dan bahagian- bahagiannya. Ilmu tafsir pula terdapat beberapa bahagian seperti ilmu tafsir lughawi, tafsir maqaran, tafsir tahlili, tafsir ijmali dan tafsir maudhu’i. Oleh itu, sangat penting untuk mempelajari ilmu Tafsir lebih-lebih lagi kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang khususnya agama. Maka di USIM ini, tafsir madhu’i ditawarkan kepada pelajar di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran tafsir maudhu’i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dalam masa pasca covid 19 serta kekuatan dan kelemahan pelajar semasa belajar dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu analisis dokumen. Hasil kajian ini dapat menjelaskan bahawa kefahaman pelajar kurang tepat dengan sesetengah kawasan yang liputan internetnya kurang baik, tetapi bagi pelajar yang tidak hadir ke kelas dengan sebab uzur dapat membuka untuk melihat dan mendengar rakaman video yang di sediakan oleh pihak pensyarah. Ini menjadi perbezaan dari kaedah pembelajaran segerak sehingga pelajar dapat memahami dan pelajar mempunyai peluang untuk berbincang sesama kumpulan dengan menggunakan Microsoft Teams dan lain- lain..
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Pengajaran dan pembelajaran tafsir maudhu'i, Covid 19, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, dalam talian.