Options
Karakter Guru Inovatif Berdasarkan Surah al-Kahfi
Journal
Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs
Date Issued
2019
Author(s)
Wan Abdullah, W. A. A.
Abdul Razak, K.
Hamzah, M. I.
Mohd Zhaffar, N.
DOI
10.33102/jqss.vol0no2.47
Abstract
Guru ialah individu yang memberikan kesan yang besar terhadap pembelajaran murid. Pengajaran guru inovatif diyakini mampu menyampaikan maksud dan isi pelajaran kepada kepelbagaian murid secara berkesan. Artikel ini membincangkan tentang karakter guru dan inovator yang terdapat dalam surah al-Kahfi. Nabi Khidir adalah contoh guru, manakala Zulkarnain adalah contoh inovator. Kajian ini dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap empat kitab tafsir, iaitu Tafsir al-Qurtubi, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Munir dan Tafsir al-Azhar. Analisis dilakukan terhadap dua tokoh tersebut untuk merungkai karakter yang ada pada mereka berdasarkan kitab-kitab tafsir sehingga tema terbentuk. Dapatan menunjukkan terdapat 13 karakter yang ada pada Nabi Khidir sebagai guru dan lapan karakter yang ada pada Zulkarnain sebagai inovator. Gabungan karakter dua tokoh tersebut membentuk kerangka konsep Karakter Guru Inovatif.
File(s)
Loading...
Name
Karakter Guru Inovatif Berdasarkan Surah al-Kahfi.pdf
Size
665.78 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc0193aa92e50ffe6148804aa20ebecc