Options
Etika Wanita di Media Sosial: Kajian Menurut Perspektif Nabawi
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Siti Nabihah Binti Izham
Nurul Izzah Iman Binti Badruddin
Nurul Quraisyah Binti Omar
Abstract
Media massa merupakan medium ataupun jaringan komunikasi yang memudahkan interaksi sosial antara masyarakat. Namun begitu, kewujudan peralatan canggih dan media sosial banyak memberi impak dalam kehidupan manusia terutamanya kaum wanita pada hari ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hadis-hadis berkaitan etika dan adab wanita dalam bersosial. Kajian ini juga mengkaji tentang kesan pelanggaran etika oleh wanita dalam media sosial. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan mengumpul dan menganalisis isu berkaitan dengan media sosial sama ada dari artikel jurnal, laporan akhbar dan laman sesawang. Kajian ini juga menganalisis hadis berkaitan wanita dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis dan syarahnya. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai isu atau kes berkaitan wanita dalam penyalahgunaan media sosial seperti menari di dalam TikTok. Maka penggunaan media sosial itu perlu diselaraskan dengan etika dan akhlak Islam sebagai panduan berinteraksi di media sosial. Tambahan pula, telah berpesan Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan bagi umatnya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam semua bentuk fitnah yang ada di atas muka bumi. Kesimpulannya, media sosial telah menjadi alat komunikasi yang paling diperlukan dalam era globalisasi kini, maka etika diperlukan dalam penggunaannya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ETIKA WANITA DI MEDIA SOSIAL_KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF NABAWI.pdf
Size
685.61 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d065e0d0a01aa7f8199b53565e5b0133