Options
Kisah Al-Quran Menurut Manna’ Al-Qattan
Date Issued
2024
Abstract
Salah satu isi al-Quran adalah kisah-kisah. Dalam wacana ilmu al-Quran kisah ini disebut dengan kisah al-Quran (qasas qurani). Kajian ini bertujuan membincangkan kisah al-Quran menurut Manna’ Khalil al-Qattan dalam karya beliau Mabahith fi Ulum al-Quran. Melalui pendekatan kualitatif yang menggunakan analisis dokumen karya tersebut berkaitan dengan kisah al-Quran dapat disimpulkan bahawa acuan narasi pemikiran Manna’ Khalil al-Qattan adalah berbentuk sejarah gambaran realiti kehidupan masa lalu yang benar-benar terjadi dan jauh dari khayalan.yang memberi penekanan pada kehidupan watak atau tokoh dalam cerita. al-Qattan membahagikan cerita menjadi tiga iaitu: cerita para nabi dan rasul, cerita orang terdahulu yang tidak ditetapkan kenabian dan kerasulannya, dan cerita yang berkaitan dengan masa Nabi Muhammad SAW.
File(s)
Loading...
Name
Kisah Al-Quran Menurut Manna’ Al-Qattan.pdf
Size
388.96 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ad8a2ee319c63ee10dab7aef2c091de6