Publication:
Menelusuri Aspek Pembangunan Insan Berteraskan Ketokohan Muḥaddithāt pada Zaman Nabi SAW

Loading...
Thumbnail Image

Date

2022

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Muḥaddithātmerupakangolongan wanita yang bukan sahaja meriwayatkan hadis tetapi juga mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Golongan pertama bagi muḥaddithātadalah para sahabat Nabi SAW dalam kalangan wanita yang sempat berjumpa dan meriwayatkan hadis secara langsung daripada baginda. Para wanita ini juga mempunyai kepakaran luar biasa dalam pelbagai bidang lain yang menyebabkan mereka layak dijadikan contoh terbaik bagi wanita pada zaman ini terutama dalam aspek pembangunan insan (PI). PI boleh digarap dalam lima aspek utama iaiturohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial (RIEJS). Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu: (1) mengenal pasti ketokohan muḥaddithātpada zaman Nabi SAW; (2) mengkaji aspek PI dalam kehidupan beberapa muḥaddithātterpilih; dan (3) menilai kepentingan PI bagi kaum wanita agar bersedia menghadapi cabaran masa ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif historikal deskriptif, berdasarkan analisis teks dan dokumen. Hasil kajian menemukan beberapa faktor penting bahawa golongan muḥaddithātmampu menjadi contoh terulung merentasi zaman, dan PI para wanita sahabiyyatini diteladani agar kaum wanita terus diperkasakan secara adil dan saksama.

Description

8TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah Studies

Keywords

Hadis, Muḥaddithāt, Pembangunan Insan, Wanita, RIEJS

Citation

Hamisan@Khair, N. S., & Khosim, N. (2022). Menelusuri Aspek Pembangunan Insan Berteraskan Ketokohan Muḥaddithāt pada Zaman Nabi SAW. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 87–100. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/12

Collections