Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu
 
  • Details
Options

Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu

Journal
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
ISSN
2289-7909
Date Issued
2023
Author(s)
Nasimah Abdullah
Saifullah Samsudin
Lubna binti Abd. Rahman
Universiti Sains Islam Malaysia
Ahmad Nazeer bin Zainal Arifin
Muhamad Adham bin Hambali
DOI
10.53840/ejpi.v10i2.119
Abstract
Kinayah merupakan salah satu unsur retorik yang terdapat di dalam wacana al-Quran. Kinayah bermaksud menyebut sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan pengertian lain yang bukan pengertian zahirnya. Hal ini menyebabkan pelajar yang mempelajari kināyah al-Quran mengalami kesukaran memberi interpretasi yang tepat kerana kināyah mempunyai makna implisit yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksudnya yang sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat. Kebiasaanya, pelajar akan merujuk kepada pelbagai teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran secara naskhah bercetak yang sudah tentu merumitkan pelajar kerana saiznya yang besar, tebal dan berat. Berdasarkan pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran, terdapat cara terjemahan kināyah al-Quran yang kelihatan tidak sepadan dengan konteks makna yang dimaksudkan oleh mesej al-Quran. Sedangkan keperluan pelajar merujuk dan mengenalpasti kaedah terjemahan yang betul adalah penting dalam proses pembelajaran. Justeru itu, satu kajian kuantitatif dan deskriptif telah dilakukan bertujuan meninjau keperluan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam memahami terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan 129 orang responden daripada pelajar dalam bidang pengajian bahasa Arab di beberapa IPT yang berbeza dan menggunakan instrumen soal selidik melalui googleform dalam mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat menjadi satu anjakan paradigma terhadap kaedah rujukan kepada teks terjemahan al-Quran, selain sebagai satu usaha ke arah memudahkan pelajar merujuk dengan penggunaan teknologi yang sesuai. Hasil kajian ini juga dijangkakan dapat memberi maklumat kepada penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran kināyah al-Quran dalam bentuk peranti mudah alih dan aplikasi yang sesuai.
Subjects

Kinayah al-Quran

Bahasa Melayu

Analisis Keperluan

Teknologi

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu.pdf

Type

main article

Size

565.56 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):2b38d569defff3ffc79d527a1b9903cf

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia