Options
Parameter Skim Kutu Emas Berdasarkan Karakter (Takyif) Fiqh
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2021-12
Author(s)
Muhamad Zuhaili Saiman
Ahmad Dahlan Salleh
DOI
10.33102/sainsinsani.vol6no3.362
53
58
Abstract
Skim kutu emas adalah inisiatif dari kutu wang yang dijalankan oleh sekumpulan bagi tujuan membeli emas hasil dari wang terkumpul yang diterima mengikut pusingan gilirann setiap ahli. Menerusi skim kutu emas ini, individu yang terlibat akan memperolehi sejumlah wang yang besar bagi tujuan membeli emas yang lebih berat. Permasalahan yang berlaku ialah nilai emas semasa adalah sering berubah dan perubahan tersebut jika mempengaruhi nilai kutu wang dalam skim kutu emas menyebabkan wujudnya isu syariah iaitu unsur gharar dan riba yang dilarang. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis karakter (takyif) fiqh menerusi parameter operasi dalam skim kutu emas yang patuh syariah. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kepustakaan kerana sesuai dengan permasalahan yang dikaji. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah analisis kandungan dan dokumen dari data-data dapatan berdasarkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan bagi mengumpul data dengan bantuan buku-buku, majalah, jurnal, artikel, naskhah, catatan, dokumen, kertas kerja dan bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian, skim kutu emas ini mestilah dipastikan tidak bercanggah dengan Akta 28 berkaitan Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang mana-mana skim wang kutu yang dijalankan berorientasikan keuntungan perniagaan. Selain itu, pengkaji juga membentuk satu parameter yang menggariskan enam perkara agar skim kutu emas ini memenuhi karakter (takyif) fiqh bagi membolehkan skim kutu emas yang dijalankan bebas dari isu syariah iaitu unsur gharar dan riba.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Parameter Skim Kutu Emas Berdasarkan Karakter (Takyif) Fiqh.pdf
Size
207.39 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):19f197f5fb88646f94bd7b523e4af0ef