Publication:
Bahasa Melayu sebagai Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan: Satu Tinjauan menurut Perspektif Pakar

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Bahasa Melayu ditulis sebagai bahasa kebangsaan, dan merupakan salah satu unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, sejauhmana masyarakat Malaysia melaksanakan apa yang telah ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan? Kajian ini akan meninjau perspektif pakar mengenai kedudukan bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan dikaitkan dengan isu-isu semasa berkaitan bahasa Melayu. Kaedah penyelidikan adalah menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemual enam orang pakar sejarah, undang-undang, sosiologi dan pembinaan bangsa. Hasil dapatan menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Inggeris lebih diangkat kerana manfaatnya. Pelaksanaan dasar-dasar berkaitan bahasa kurang dilaksanakan menyebabkan bahasa melayu terus dipandang lesu, dan bahasa melayu sebagai lingua franca hanya sekadar nostalgia. Sewajarnya bahasa Melayu dimartabatkan semula kerana bahasa Melayu adalah bahasa penghuni nusantara dan satu bahasa dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia khususnya.

Description

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia

Keywords

Bahasa melayu; Bahasa perpaduan; unsur tradisi;

Citation

Collections