Options
Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2016
Author(s)
Intan Suria Hamzah
Sity Daud
Nor Azizan Idris
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
DOI
10.33102/sainsinsani.vol1no1.7
Abstract
Lanskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui rekabentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
07-Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia.pdf
Size
603.65 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f4117935c443becb098c0d6c2a29ce72