Options
Teguran dan Nasihat Kepada Pemerintah dalam Perspektif Maqasid Al-Shariah: Perbandingan Antara Sistem Khilafah dan Demokrasi
Date Issued
2025
Author(s)
Mazlan Mohd Ibrahim
Abstract
Teguran dan nasihat terhadap pemerintah merupakan elemen penting dalam menjamin keadilan, ketelusan dan kemaslahatan umat dalam sesebuah pemerintahan. Dalam tradisi Islam, prinsip al-amr bil ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar menekankan kewajipan rakyat menegur pemerintah secara beradab dan bijaksana. Artikel ini meneliti bagaimana konsep teguran dan nasihat kepada pemerintah difahami dan dilaksanakan berdasarkan prinsip Maqasid al-Shariah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dalam dua sistem pemerintahan utama: Khilafah dan Demokrasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis teks klasik dan kontemporari termasuk pandangan para ulama salaf dan moden. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun sistem Khilafah dan Demokrasi berbeza dari sudut struktur dan sumber legitimasi, kedua-duanya memberi ruang untuk teguran dan nasihat terhadap pemerintah selagi mana ia selari dengan syariat dan bertujuan memelihara maslahat ummah. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan Maqasid al-Shariah menjadi panduan utama dalam menilai kaedah dan kesesuaian sesuatu bentuk teguran terhadap pemerintah bagi mengelakkan fitnah, pergolakan dan kerosakan yang lebih besar.
File(s)
Loading...
Name
Teguran dan Nasihat Kepada Pemerintah dalam Perspektif Maqasid Al-Shariah Perbandingan Antara Sistem Khilafah dan Demokrasi.pdf
Size
385.82 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):8e0607fb4a32cca1e0b1347abd2e2bc7