Options
Peranan Media Sosial dalam Mempengaruhi Perilaku Fear of Missing Out: Satu Tinjauan Awal
Date Issued
2024
Author(s)
Faradillah Iqmar Omar
Nurul Masyitah Khairul Haizat
Abstract
Dunia hari ini berlandaskan teknologi yang menyebabkan ramai individu tidak dapat dipisahkan daripada media sosial, sehingga mereka enggan ketinggalan daripada sebarang maklumat. Fenomena ini, dikenali sebagai Fear of Missing Out (FoMO), boleh dikatakan dialami oleh hampir setiap individu yang sentiasa bergantung dengan teknologi ataupun telefon pintar untuk mengikuti setiap perkembangan yang dikongsi oleh orang lain. Fear of Missing Out (FoMO) semakin menonjol dalam era digital, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial. Kajian ini bertujuan untuk memberikan tinjauan awal terhadap perilaku FoMO dalam kalangan pengguna media sosial, dengan menekankan peranan media dan komunikasi dalam mempengaruhi fenomena ini. Melalui analisis literatur, kajian ini mendapati bahawa platform media sosial mempromosikan budaya keterhubungan dan keterbukaan, yang secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan untuk tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini dan interaksi sosial. FoMO sering dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang intensif, di mana individu merasakan tekanan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang disampaikan melalui pelbagai saluran komunikasi. Akibatnya, FoMO boleh menjejaskan kesejahteraan psikologi, dengan kesan seperti peningkatan kebimbangan, tekanan sosial, dan rasa tidak puas hati terhadap kehidupan. Kajian ini menyarankan agar media dan platform komunikasi memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mendidik pengguna mengenai risiko FOMO dan menyediakan alat untuk menguruskan perilaku ini. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk memahami secara mendalam bagaimana media dan komunikasi dapat mempengaruhi kesan FoMO dalam kalangan pengguna.
File(s)
Loading...
Name
Peranan Media Sosial dalam Mempengaruhi Perilaku Fear of Missing Out Satu Tinjauan Awal.pdf
Size
213.65 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):fa316066d9dee1b40e8a4864da0080aa