Publication: Meneladani Integrasi Komuniti Bukan Muslim: Kewujudan Musta’rib Dalam Pemerintahan Islam Andalusia (92-898 Hijrah)
Loading...
Date
2022
Authors
Abdul Rashid Abdul Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sultan Zainal Abidin
Abstract
Andalusia adalah satu semenanjung di benua Eropah yang terkenal dengan pembangunan tamadun sains apabila umat Islam menguasai pemerintahan negara tersebut. Agama Islam menjadi agama rasmi di Andalusia selama lebih 800 tahun bermula bulan Ramadan tahun 92 Hijrah hingga Rabi‘al-Awwal 898 Hijrah. Walau bagaimanapun agama lain seperti Kristian Katolik dan Yahudi diberi kebebasan mempraktikkan kepercayaan mereka. Kebangkitan Islam di Andalusia yang seiring dengan kemajuan telah mencetuskan banyak perubahan melalui proses interaksi dalam pergaulan antara pelbagai agama dan etnik. Penulisan ini meninjau tahap penerimaan dan pengamalan bukan Muslim di Andalusia yang dikenali sebagai Musta’rib terhadap proses integrasi kaum, kehidupan beragama dan cara hidup. Berdasarkan kajian perpustakaan, maklumat yang diketengahkan akan memberi fokus kepada amalan dan penerimaan mereka dalam kehidupan seharian secara harmoni dengan masyarakat Muslim. Secara umumnya masyarakat Musta’rib boleh menerima bahkan mengamalkan ajaran Muslim secara sukarela.
Description
Volume :23 No: 2 (page: 308-317)
Keywords
Integrasi, Muslim, Musta’rib, Andalusia, etnik.
Citation
Mohd Ali, M. Z., & Abdul Aziz, A. R. (2022). Meneladani Integrasi Komuniti Bukan Muslim: Kewujudan Musta’rib dalam Pemerintahan Islam Andalusia (92-898 Hijrah) [Example of The Integration among Non-Muslim Communities: The Existence of Musta’rib in Andalusian Islamic Government (92-898 Hijrah)]. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 308-317. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.672