Options
Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program I-Think Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2021
Author(s)
Zarina Ashikin Zakaria
Norhana Abdullah
Suzanah Selamat
Kharyati Md Bahir
DOI
10.33102/sainsinsani.vol6no1.267
Abstract
Program i-THINK adalah satu program hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan para pelajar ke arah menghasilkan para pelajar berinovatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran di dalam program i-THINK bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar tahun 5 dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Tayammum. Peta pemikiran i-THINK berbentuk peta buih berganda telah dipilih untuk digunakan untuk kajian ini. Pelbagai teknik kajian digunakan untuk memperolehi data iaitu temubual, soal selidik dan ujian pra dan ujian pasca. Hasil kajian mendapati dengan penggunaan peta pemikiran i-THINK ini, minta para pelajar terhadap pembelajaran meningkat dan secara tidak langsung ia membantu mencetuskan inovasi dan kreativiti di kalangan para pelajar. Sekali gus, ini meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
222. Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program I-think Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam.pdf
Size
230.06 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):32259ff190aba6d9c12d18f09447e920