Options
Isu Pengantin Lelaki Memakai Inai di Jari: Analisis Berdasarkan Mazhab Syafii dan Fatwa di Malaysia
Journal
RABBANICA – Journal of Revealed Knowledge
Date Issued
2023
Author(s)
Abstract
Budaya pengantin lelaki memakai inai di jari sempena perkahwinan masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan India. Kekhilafan mazhab empat, khususnya mazhab Syafii dalam isu ini turut mempengaruhi ketidakselarasan fatwa negeri-negeri di Malaysia. Kajian-kajian ilmiah lebih tertumpu kepada manfaat penggunaan inai menurut perspektif Islam, sains dan perubatan. Manakala kajian berkaitan asas fiqh berkaitan keharusan pengantin lelaki memakai inai tidak diperincikan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan antara larangan lelaki berinai di tangan kerana tashabbuh(keserupaan) dengan kaum wanita dengan keperluan meraikan uruf(kelaziman) setempat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa kandungan yang mengkaji pandangan fiqh mazhab Syafii selaras dengan urufdi Malaysia sebagaimana difatwakan di negeri-negeri. Ia bertujuan mengharmonikan umat Islam menurut acuan negara Malaysia. Kajian mendapati di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah memutuskan harus berinai bagi pengantin lelaki dengan syarat tertentu. Manakala di peringkat negeri, ada fatwa negeri yang mengharamkan berinai bagi pengantin lelaki dan ada fatwa negeri yang mengharuskannya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Isu Pengantin Lelaki Memakai Inai di Jari Analisis Berdasarkan Mazhab Syafii dan Fatwa di Malaysia.pdf
Size
521.03 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b2b411cf593e5b12d5f01d9e1592179f