Options
Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat
Date Issued
2021
Author(s)
Maziahtusima Ishak
Mohd Mursyid Arshad
Fathiyah Mohd Fakhruddin
Ismi Ariff Ismail
Hayati Ismail
Sakinah Ahmad
Siti Rosilawati Ramlan
Hazlina Abdullah
Noor Saazai Mat Saad
Sarifah Nurhanum Syed Sahuri
Abstract
Pengenalan- Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup seorang individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Justeru, isu ini perlu diberikan perhatian. Objektif – Kertas ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun terutamanya dalam era pasca moden. Metodologi – Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Dapatan – Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab yang harus dijalankan oleh GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kepentingan – Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat.pdf
Size
181.72 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f5882d37b3e8d1900d6d6c718be20f8e