Publication: Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat
dc.contributor.author | Maziahtusima Ishak | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Mursyid Arshad | en_US |
dc.contributor.author | Fathiyah Mohd Fakhruddin | en_US |
dc.contributor.author | Ismi Ariff Ismail | en_US |
dc.contributor.author | Hayati Ismail | en_US |
dc.contributor.author | Sakinah Ahmad | en_US |
dc.contributor.author | Siti Rosilawati Ramlan | en_US |
dc.contributor.author | Hazlina Abdullah | en_US |
dc.contributor.author | Noor Saazai Mat Saad | en_US |
dc.contributor.author | Sarifah Nurhanum Syed Sahuri | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-30T09:06:23Z | |
dc.date.available | 2024-05-30T09:06:23Z | |
dc.date.issued | 2021 | |
dc.description | Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia | en_US |
dc.description.abstract | Pengenalan- Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup seorang individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Justeru, isu ini perlu diberikan perhatian. Objektif – Kertas ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun terutamanya dalam era pasca moden. Metodologi – Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Dapatan – Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab yang harus dijalankan oleh GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kepentingan – Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia. | en_US |
dc.identifier.epage | 866 | |
dc.identifier.isbn | eISBN: 9789674408855 | |
dc.identifier.spage | 854 | |
dc.identifier.uri | https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18128 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM | en_US |
dc.relation.conference | Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020) | en_US |
dc.subject | guru pendidikan Islam, nilai profesionalisme guru, pemangkin perubahan, pendidikan tidak formal, teori peranan | en_US |
dc.title | Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat.pdf
- Size:
- 181.72 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format
License bundle
1 - 1 of 1