Publication: Teknologi Maklumat Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Tahfiz Quran
dc.contributor.author | Syed Najihuddin bin Syed Hassan | en_US |
dc.contributor.author | Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi | en_US |
dc.contributor.author | Siti NurHajar Binti Mat Asa | en_US |
dc.contributor.author | Siti Nur Alya Binti Zamzuri | en_US |
dc.contributor.author | Aina Ellysa Binti Zulkarnain | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-28T05:48:00Z | |
dc.date.available | 2024-05-28T05:48:00Z | |
dc.date.issued | 2022 | |
dc.date.submitted | 2023-1-27 | |
dc.description | Volume: 7 Issues: 50 [November, 2022] Special Issues pp. 122 - 132 | en_US |
dc.description.abstract | Pembelajaran al-Quran merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini adalah kerana untuk mendidik manusia mengabdikan diri kepada Allah serta membina masyarakat yang bertaqwa, berakhlak mulia dan melakukan setiap perkara berlandaskan Al-Quran. Oleh demikian, kaedah hafazan digunakan bagi mengingati dan memelihara ayat-ayat suci al-Quran. Sehingga kini, banyak kaedah yang digunakan untuk menghafal al-Quran di maahad tahfiz khususnya seperti kaedah menyalin, kaedah mendengar, kaedah menggunakan ICT dan sebagainya. Sebelum merdeka lagi, amalan menghafal al-Quran ini telah wujud di Tanah Melayu dan menjadi budaya bagi masyarakat Islam Nusantara. Setelah itu, pendidikan tahfiz telah diperkenalkan secara formal pada tahun 1966 atas arahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama ekoran daripada acara Musabaqah al-Quran. Sehingga kini, institusi pendidikan tahfiz berada di bawah bidang kuasa kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan tentang penggunaan teknologi maklumat dan inovasi dalam pembelajaran tahfiz Quran. Kajian ini dijalankan kerana kebanyakan maahad tahfiz masih menggunakan kaedah dan proses pembelajaran Quran secara traditional yang tidak selari dengan pembangunan teknologi maklumat. Perkara ini berpunca daripada kurangnya strategi dan kaedah dalam membantu para huffaz menghafal al-Quran. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji penggunaan teknologi maklumat melalui telefon pintar dalam pembelajaran tahfiz Quran. Bagi mendapatkan bukti, kajian ini telah mengaplikasikan metode dokumentasi sebagai metode utama untuk mengumpulkan data-data kajian. Data diperolehi melalui pengumpulan data-data dari sumber internet, bertulis dan bercetak sedia ada seperti jurnal dan sebagainya. Oleh itu, usaha ini dapat membentuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pengajian tahfiz menjadi lebih efektif, menarik dan sesuai dengan perkembangan dan kehendak pembelajaran semasa, serta menyumbang kepada pembentukan generasi huffaz yang berkualiti. Selain itu, pendidikan tahfiz yang mempunyai organisasi terancang yang mengikut peredaran zaman dapat menghasilkan kecekapan dan keberkesanan dalam hafazan. Penggunaan kemudahan teknologi secara optimum perlulah diberi perhatian yang sewajarnya bagi memastikan pendidikan tahfiz tidak ketinggalan. Kebanyakan pelajar tahfiz masa kini dibesarkan dalam persekitaran digital yang dapat memberi kesan kepada pembelajaran mereka. | en_US |
dc.identifier.citation | Syed Hassan, S. N., Mohamad Zainuzi, N. I. H., Mat Asa, S. N., Zamzuri, S. N. A., & Zulkarnain, A. E. (2022). Teknologi Maklumat Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Tahfiz Quran. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(50), 122 - 132 | en_US |
dc.identifier.epage | 132 | |
dc.identifier.issn | 0128-1755 | |
dc.identifier.issue | 50 | |
dc.identifier.spage | 122 | |
dc.identifier.uri | http://www.jised.com/PDF/JISED-2022-50-11-18.pdf | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6534 | |
dc.identifier.volume | 7 | |
dc.language.iso | en_US | en_US |
dc.publisher | Academic Inspired Network | en_US |
dc.relation.ispartof | Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) | en_US |
dc.subject | Pendidikan Tahfiz, Tahfiz al-Quran Era Digital, Pengajaran Tahfiz, Inovasi Pengajian Tahfiz | en_US |
dc.title | Teknologi Maklumat Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Tahfiz Quran | en_US |
dc.title.alternative | Tahfiz Quran Study On Information Technology And Innovation | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Teknologi Maklumat Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Tahfiz Quran.pdf
- Size:
- 568.4 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format