Publication:
Pengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysia

dc.contributor.authorMuhammad Ainul Hakim bin Muhammad Khalil,en_US
dc.contributor.authorMuhamad Firdaus Ab Rahman,en_US
dc.contributor.authorHussein Azeemi Abdullah Thaidi,en_US
dc.contributor.authorAzman Ab. Rahmanen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:19:51Z
dc.date.available2024-05-31T02:19:51Z
dc.date.issued2021-09-09
dc.descriptionPapers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.en_US
dc.description.abstractWakaf ahli merupakan salah satu jenis wakaf yang mana manfaatnya disalurkan kepada ahli keluarga, individu tertentu, atau kepada pewakaf itu sendiri. Amalan wakaf ahli ini telah diaplikasikan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W dan dapat dilihat melalui perbuatan para sahabat R.A serta umat Islam sehingga ke hari ini. Perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Malaysia termasuk wakaf adalah berpandukan kepada pendapat muktamad mazhab Shāfiᶜiy kecuali negeri Perlis, yang memberi maksud wakaf hanya sah dilaksanakan secara kekal termasuk wakaf ahli. Hal ini telah memberikan kesan kepada pengurusan dan usaha pembangunan harta wakaf ahli di masa akan datang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan wakaf ahli bertempoh sebagai salah satu metode penyelesaian terhadap beberapa konflik dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia untuk masa yang akan datang. Pengkaji mengaplikasikan metode kualitatif dan penelitian doktrinal di dalam kajian ini. Data di dalam kajian ini diperolehi melalui teknik kajian dokumen dari sumber primer dan skunder serta dianalisis menggunakan kaedah analisa kandungan dengan pendekatan induktif dan deduktif. Natijah kajian ini menunjukkan bahawa wakaf dzurri secara bertempoh mampu meningkatkan produktiviti harta wakaf tersebut serta dapat mengembangkan manfaatnya dengan lebih luas dan sistematik. Pengkaji juga menyarankan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri menyemak semula kerangka undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal wakaf ahli sedia ada agar dapat dilaksanakan secara bertempoh pula sebagai usaha untuk melestarikan amalan wakaf sekaligus menambah baik pengurusan wakaf ahli di Malaysia. Kata kunci: Wakaf Ahli, Wakaf Bertempoh, Majlis Agama Islam Negeri, Malaysia.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18521
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.subjectWakaf Ahli,en_US
dc.subjectWakaf Bertempoh,en_US
dc.subjectMajlis Agama Islam Negeri,en_US
dc.subjectMalaysia.en_US
dc.titlePengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysiaen_US
dc.typeOtheren_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
5.BM. SAIS2021 - Pengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysia.pdf
Size:
972.46 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Pengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysia
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections