Options
Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair
Date Issued
2020-10-29
Abstract
Matn Syatibiyyah dan Tayyibah al-Nasyr adalah rujukan utama dalam ilmu Qiraat. Imam al-Syatibiy menghasilkan Matn Syatibiyyah bersumber dari kitab al-Taisir yang dihasilkan oleh Imam Abu Amru al-Dani. Karya Imam al-Syatibiy ini menjadi teks utama dalam pengajian ilmu Qiraat Tujuh. Semua Usul Qiraat dan Farsy Huruf bagi semua Qurra diolah dengan bahasa yang amat baik dan menjadi hujah dalam ilmu Qiraat Tujuh. Manakala Matn Tayyibah al-Nasyr pula yang dihasil oleh Imam Ibn al-Jazari juga menjadi rujukan dalam Qiraat Sepuluh Kubra. Kandungannya diolah dari Matn Syatibiyyah dan Matn Durrah. Ijtihad Imam Ibn al-Jazari ini telah melengkap pengajian ilmu Qiraat Sepuluh. Menariknya jika dilihat dalam muqadimah kedua-dua matn tersebut terdapat bait syair yang diolah bersumber daripada hadith Rasulullah S.A.W. Perkara ini amat menarik dan perlu dibuat kajian untuk melihat bentuk syair yang digunapakai bersumberkan hadith. Selain itu ia juga melihat status hadith dengan cara
melihat kepada takhrij hadith. Kajian mendapati hadith Nabi S.A.W. yang terdapat dalam dua matn Qiraat adalah berkaitan dengan kelebihan membaca al-Quran, anugerah yang mereka akan peroleh dan juga galakan untuk membaca al-Quran. Selain itu ia ada juga berkaitan cara membaca isti’azah dan basmalah. Kesimpulanya kedua matn Qiraat ini amat tinggi nilainya dalam ilmu Qiraat dan mengaitkan dalam kandungan muqadimahnya dengan beberapa hadith yang diolah dalam bentuk syair. Kedua-dua pengarangnya adalah mahir dalam ilmu Qiraat dan amat mahir juga dalam ilmu hadith.

File(s)
Loading...
Name
BM037 - Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair.pdf
Description
Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair
Size
564.37 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a4fde589d0d44e9dc7d85c4d29524727