Publication:
Paradigma Sejahtera sebagai Acuan Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menjadikan Agenda 2030, Matlamat Pembangunan Lestari, satu usaha antarabangsa khususnya daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam acuan tempatan. Hal ini penting bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan masa hadapan berdasarkan acuan dan cita rasa tempatan. Indigenisasi atau pemeribumian merupakan salah satu usaha ke arah dekolonisasi iaitu usaha membebaskan diri daripada penjajahan atau kolonisasi khususnya dalam aspek pemikiran atau disebut sebagai epistemologi. Walaupun Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke-65, namun apa yang masih jelas ialah kegagalan untuk melepaskan minda dari kongkongan Barat. Keadaan ini menjadikan kita terus dijajah melalui penjajahan dari segi pemikiran. Usaha mentempatankan melalui paradigma Sejahtera dianggap penting kerana kemakmuran merupakan konsep kehidupan Melayu yang berteraskan kearifan tempatan yang perlu diketengahkan sebagai panduan untuk menjamin kebahagiaan hidup yang sebenar. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan yang melibatkan data sekunder daripada kajian literatur. Data kualitatif yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Kertas kerja ini mengetengahkan hasil kajian dalam bentuk model Sejahtera yang dibina bagi memastikan wujudnya unsur keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. Konsep kesejahteraan hidup terdiri daripada tujuh aspek keseimbangan terpenting dalam kehidupan manusia yang boleh disingkatkan dengan singkatan SPICES, iaitu spiritual (spiritual), fizikal (physical), intelektual (intellectual), budaya (culture), ekonomi (economics), masyarakat (society)

Description

VOL. 8 NO. 1 Page (87-93)

Keywords

Matlamat Pembangunana Lestari, Konsep Sejahtera, Keseimbangan, Pemeribumian

Citation

Ab Razak, R. R., Mohd Isa, N. A., & Zakaria, M. H. . (2023). Paradigma Sejahtera sebagai Acuan Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG): Sejahtera Paradigm as a Reference for Indigenization of the Sustainable Development Goal (SDG) Agenda. Sains Insani, 8(1), 87-93. Retrieved from https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/514