Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Jurnal Sains Insani
  4. Aplikasi Kaedah Kepimpinan Berteraskan Qalb dalam Kalangan Pelaku Pembangunan
 
  • Details
Options

Aplikasi Kaedah Kepimpinan Berteraskan Qalb dalam Kalangan Pelaku Pembangunan

Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2018
Author(s)
Kamaruding, M.
Kamaruding, S.
Abstract
Perbuatan tidak beretika seperti rasuah, pecah amanah dan tidak bertanggungjawab sering berlaku dalam kalangan pelaku pembangunan. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah qalb dalam diri pelaku pembangunan yang dipenuhi dengan sifat-sifat tercelah seperti tamak, materialistik dan terlalu mementingkan keduniaan semata-mata. Aspek qalb sangat penting dan perlu diambil berat oleh pelaku pembangunan terutamanya dalam soal kepimpinan kerana ia adalah raja atau pemerintah yang akan menentukan tingkah laku dan perwatakan mereka semasa memimpin. Atas dasar itu, kertas kerja ini bertujuan membincangkan kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang boleh diaplikasikan oleh pelaku pembangunan. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis asas-asas, elemen-elemen, dan mekanisme pelaksanaan kaedah kepimpinan berteraskan qalb. Pengenal pastian dan penganalisisan tersebut dilakukan melalui kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang boleh diaplikasikan oleh pelaku pembangunan dapat dirumuskan kepada tiga perkara. Pertama, pelaku pembangunan hendaklah sentiasa menekankan aspek iman, ilmu dan nafsu sebagai asas dalam kepimpinan mereka. Kedua, pelaku pembangunan juga hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT, sesama pelaku pembangunan dan termasuklah hubungan mereka dengan sumber alam. Ketiga, pelaksanaan aktiviti kepimpinan atau pembangunan oleh pelaku pembangunan juga hendaklah sentiasa berdasarkan hisbah dan tazkiyat al-Nafs. Akhirnya, diharapkan agar kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang dibincangkan dalam kertas kerja ini dapat diaplikasikan oleh pelaku pembangunan dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan isu-isu yang sering berlaku dalam kalangan pelaku pembangunan di sesebuah organisasi.
Subjects

Kepimpinan

qalb

pelaku pembangunan

iman

ilmu

nafsu

hisbah

tazkiyat al-Nafs

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Aplikasi Kaedah Kepimpinan Berteraskan Qalb dalam Kalangan Pelaku Pembangunan.pdf

Size

338.92 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):8c972eaaccf12aaee9ad82f3cbb24af2

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia