Publication: Peranan Tarekat Tasawuf Dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil 'Alamin
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pertubuhan Tareqat Muktabar Malaysia
Abstract
Tiada yang mampu menyangkal bahawa bangun dan berdirinya umat Islam adalah dengan berpegang teguh dengan manhaj yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi membekalkan kesejahteraan kepada insaniyyah (insani/antropologi) dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi) manusia, adalah hakikat sebenar pembangunan bagi umat Islam. Meskipun secara kasarnya, keseimbangan tersebut tampak setara, namun secara halus, Islam lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi berbanding duniawi. Ia menepati apa yang termaktub dalam fitrah kejadian manusia sebagai 'abidun (hamba Allah SWT), yang mana kehambaan kepadaNya tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia berlanjutan hingga ke akhirat. Lebih daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak akan berlaku melainkan dengan meletakkan tujuan akhirat di hadapan segala-galanya. Oleh yang demikian, dalam Islam, aturan aturannya lebih banyak serta rinci menumpukan kepada pembangunan jiwa ruhani manusia, membersih hati dan mendidik akhlak mereka berbanding aturan-aturan fekah, muamalah, ekonomi dan sebagainya. Di sisi ulama', aturan-aturan jiwa ruhani ini dinamakan sebagai tazkiyah al nafs atau al-'ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali dengan Ilmu Tasawuf. Untuk melihat perincian apa yang perkatakan ini dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensif dengan memberi tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian (al-tariqah al-sufiyyah), sebagai aturan atau metode pembangunan umat Islam menjadi ummah yang membawa kerahmatan buat sekalian alam.
Description
Keywords
Tarekat, Ruhani, Sufi, Pembangunan insan, Rahmatan lil 'alamin