Publication:
التحفيز النبوي للمعلمين في ضوء السنة النبوية وأهميته في بناء الموارد البشرية

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Motivasi sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada isu pendidikan, malah ia begitu sinonim dengan galakan kepada para pelajar untuk cemerlang. Namun motivasi pendidikan sering sahaja dilihat berfokus kepada pelajar dan tidak diberi perhatian kepada konteks para pendidik walhal mereka juga adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Galakan dan suntikan semangat kepada para pendidik juga tidak ketara di media cetak mahupun media eletronik, walhal tanpa mereka, para pelajar tidak akan mengenal ilmu pengetahuan. Apatah lagi Islam sangat memuliakan dan mengangkat martabat para ilmuan yang menyumbang tenaga bagi membangunkan pengetahuan umat dalam segenap bidang. Justeru, artikel ini menghuraikan topik motivasi untuk para pendidik berdasarkan hadis Rasululah S.A.W yang sahih. Artikel yang berteraskan kajian kepustakaan ini mengumpul dan menganalisis maklumat daripada kitab-kitab utama hadis yang berkaitan dengan motivasi untuk para pendidik. Penelitian daripada hadis yang dikumpul menjelaskan betapa petunjuk Rasulullah S.A.W adalah yang terbaik sebagai motivasi untuk para pendidik.

Description

Keywords

motivasi, pendidik, hadis, Rasulullah, modal insan

Citation