Options
Pendekatan Pengeksplisitan dan Pengimplisitan dalam Penterjemahan Ijazdan Itnabal-Quran kepada Bahasa Melayu
Journal
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
ISSN
2600-9080
Date Issued
2023
Author(s)
Mukhlis Rosli
Nasimah Abdullah
Lubna Abd Rahman
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pemindahan makna implisit dan eksplisit mendorong pembentukan strategi pengeksplisitan dan pengimplisitan. Pengeksplisitan dan pengimplisitan mempunyai perkaitan dengan konsep ilmu balaghah Arab iaitu gaya bahasa ijazdan itnab. Gaya bahasa ijazyang bercirikan pengguguran kata berbentuk elipsis perlu diberikan penumpuan bagi memastikan makna sebenar dapat disampaikan kepada pembaca. Manakala gaya bahasa itnabyang bercirikan penambahan kata mencetuskan cabaran dalammencari padanan luaran yang tidak menambah makna. Penterjemah dalam kebanyakan situasi gagal menjelaskan makna elipsis dengan baik dan sebahagiannya pula menggunakan keterangan berlebihan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Oleh demikian, kajian ini menyasarkan untuk menganalisis pendekatan penterjemah dalam memindahkan gaya bahasa ijazdan itnabyang bercirikan makna implisit dan eksplisit. Data kajian terdiri daripada gaya bahasa ijazdan itnabyang terdapat di dalam al-Quran dengan berpandukan kitab karangan al-Sayyid al-Husaini serta enam rujukan utama balaghah yang lain sebagai sumber sokongan data. Kerangka analisis telah memanfaatkan konsep pengeksplisitan oleh Vinay dan Darbelnet serta teknik penambahan Nidaberhubung kategori implificationfrom implicit to explicit status(perincian implisit kepada eksplisit).Dapatan kajian memperlihatkan gaya bahasa ijazyang bercirikan ungkapan ringkas mencatatkan teknik pengeksplisitan mempunyai kekerapan kejadian yang lebih tinggi semasa pemindahangaya bahasa ini. Sebaliknya gaya bahasa itnabpula menunjukkan sebahagian besar data merupakan terjemahan yang bukan bercirikan pengeksplisitan dan pengimplisitan, di mana penterjemah tidak mempraktikkan sebarang teknik penambahan atau pengurangan dalam memindahkan ciri bahasa sumber. Hasil kajian memberi beberapa panduan asas antaranya penterjemah perlu mengelakdaripadasebarang penambahan atau pengurangan leksikal yang boleh mengundang makna baharu dan penterjemah juga perlu berhati-hati daripada mengulangi kata atau makna yang sama.
File(s)
Loading...
Name
Pendekatan Pengeksplisitan dan Pengimplisitan dalam Penterjemahan Ijazdan Itnabal-Quran kepada Bahasa Melayu
Type
main article
Size
521.38 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5f50dab744681d6ccd2a2328f38841d2