Options
Penggunaan Aplikasi Permainan Mudah Alih Global Zakat Game (GZG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2019
Author(s)
Azman Ab Rahman
NorFatihah Amlin Ab Ghani
Mohamad Anwar Zakaria
Muhamad Firdaus Ab Rahman
DOI
10.33102/jfatwa.vol0no0.269
Abstract
Sistem teknologi yang semakin canggih telah membawa masyarakat ke satu zaman baharu yang menjadikan semua perkara memerlukan kepada teknologi. Pelbagai aplikasi permainan mudah alih telah muncul dewasa ini disebabkan perkembangan teknologi sama ada digunakan dalam konteks hiburan atau pendidikan. Penggunaan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Justeru, objektif kajian adalah untuk membincangkan penggunaan aplikasi permainan mudah alih dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga akan mencadangkan satu aplikasi permainan mudah alih Global Zakat Game (GZG) yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dan temubual . �Hasil kajian mendapati aplikasi GZG boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian lanjutan keberkesanan penggunaan aplikasi permainan mudah alih GZG terhadap pelajar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi ciri-ciri aplikasi yang telah dibangunkan.
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Aplikasi Permainan Mudah Alih Global Zakat Game (GZG) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Size
1.44 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):247a81a64ba026d629bf0970369c27b1