Options
Mengkaji Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Bersifat Kontekstual Dengan Menggunakan Ongcard Sin Terhadap Kanak-Kanak Bajau Laut
Date Issued
2024
Author(s)
Rabiatul Syuhada Abdullah
Siti Nur Diana Abd
Christina Sim Pei Pei
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak Bajau Laut mempelajari huruf Al-Quran Rasm Uthmani iaitu huruf Sin ( س). Bahan bantu mengajar “OngCard Sin” digunakan untuk memperkenalkan huruf Sin ( س). Penggunaan “OngCard Sin” ini membantu kanak-kanak Bajau Laut mengecam bentuk huruf Sin ( س). Selain itu, huruf Sin ( س) juga diperkenalkan melalui kaedah nyanyian “Sialinu” agar kanak-kanak Bajau Laut dapat menyebut huruf Sin ( س) dengan tepat, jelas dan betul. Kaedah ini turut memudahkan guru pelatih dan kanak-kanak Bajau Laut berkomunikasi sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan. Pendekatan kualitatif dan bentuk kajian tindakan dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Persampelan bertujuan dipilih sebagai peserta kajian kerana sasaran utama adalah golongan kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dalam program Madrasah Terapung. Seramai lapan (8) orang kanak-kanak Bajau Laut dipilih yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan enam (6) orang perempuan. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data kajian. Protokol temubual dan borang catatan pemerhatian digunakan sebagai instrument dalam pengumpulan data. Hasil pemerhatian dan temubual yang dijalankan, kanak-kanak Bajau Laut sangat tertarik untuk belajar huruf Al-Quran sepanjang tempoh pembelajaran dan berjaya menguasai huruf Sin ( س) dari aspek mengenal pasti, mengecam, mengingat serta menyebut dengan tepat, jelas dan betul. Kajian ini berharap agar bahan bantu mengajar “OngCard Sin” dan nyanyian “Sialinu” dapat diaplikasikan dalam teknologi sebagai satu bentuk pendekatan pembelajaran abad ke-21 kepada kanak-kanak Bajau Laut.
File(s)
Loading...
Name
Mengkaji Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Bersifat Kontekstual Dengan Menggunakan Ongcard Sin Terhadap Kanak-Kanak Bajau Laut.pdf
Size
227.85 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):eac1e1d48bd9112bba7fa45edb1df219