Options
Kajian Literatur Sistematik ke atas Kesejahteraan Keluarga
Date Issued
2024
Author(s)
Nur A’in Mustafar
Abdul Rashid Abdul Aziz
Abstract
Kesejahteraan keluarga dalam negara membangun seperti Malaysia merupakan salah satu petunjuk kepada kebahagian sesebuah negara. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti trend kajian berkaitan kesejahteraan keluarga. Kajian ini berpandukan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) melibatkan empat fasa iaitu pengenalpastian (identification), seterusnya penapisan (screening), penyemakan kelayakan (eligibility) dan pemeriksaan rangkuman (included). Pangkalan-pangkalan data seperti pangkalan data Academia, pangkalan data Google Scholar dan pangkalan data ProQuest telah digunakan sehingga 26 buah artikel akhir di antara tahun 2018 hingga 2023 mengikut kriteria-kriteria ditetapkan dianalisis. Kajian menunjukkan bahawa dua tema yang dianalisis dan dikelompokkan dalam artikel ini untuk menggambarkan trend focus penyelidikan ini iaitu tahun penerbitan dan negara asal penyelidik dan pendekatan penyelidikan berkaitan kesejahteraan keluarga. Dapatan artikel ini menunjukkan terdapat keperluan mustahak terhadap aspek kesejahteraan keluarga di Malaysia. Oleh yang demikian, tinjauan yang disintesis berkaitan dengan kesejahteraan keluarga ini dapat memberi manfaat kepada penyelidik dengan memberi cadangan bagi penyelidikan masa hadapan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kajian Literatur Sistematik ke atas Kesejahteraan Keluarga.pdf
Size
81.82 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1fd724405553a02bb6e6160dc4669073