Publication: Penerimaan Dan Penggunaan Youtube Sebagai Sumber Maklumat Agama: Satu Perspektif Dari Segi Jantina
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
YouTube merupakan laman web berasaskan video yang paling popular dan memberi ruang kepada pengguna memuat naik pelbagai jenis video berkaitan Islam. Ia menjadi trend kehidupan masyarakat moden dewasa ini terutama dalam kalangan generasi muda. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan jantina dengan penerimaan dan penggunaan YouTube. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif yakni reka bentuk kuasi eksperimen dengan mengedar 153 soal selidik kepada pelajar beragama Islam di makmal komputer. Data dianalisis menggunakan ujian crosstab dan ujian t. Hasil kajian secara ujian crosstab menunjukkan perempuan lebih tinggi berbanding lelaki dalam inisiatif sendiri menggunakan YouTube, lokasi melayari YouTube, medium melayari YouTube, waktu melayari YouTube, pencarian YouTube berdasarkan agama, cadangan menggunakan YouTube sebagai sumber maklumat agama dan perbincangan maklumat agama. Dari segi analisis ujian t, hasil kajian mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kecenderungan yang sama dari segi jangkaan prestasi, jangkaan keupayaan, pengaruh sosial, memudahkan keadaan dan keinginan bertingkahlaku. Walau bagaimanapun, pelajar lelaki menggunakan YouTube adalah tinggi berbanding pelajar perempuan. Secara ringkasnya, hasil kajian ini memberi gambaran mengenai faktor jantina dengan penerimaan dan penggunaan YouTube sebagai sumber maklumat agama.
Description
Keywords
YouTube, jantina, penerimaan dan penggunaan.