Options
Makanan Haram bagi Agama Yahudi berdasarkan Kitab Torah
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2023
Author(s)
Ummi Zainab Mohd Ghazali
Muhammad Azizan Sabjan
DOI
10.33102/jsi
Abstract
Agama Yahudi merupakan salah satu daripada agama tertua dunia yang berasal dari lembah Kanaan, iaitu suatu kawasan yang terletak di negara Palestin sekarang. Kewujudannya iaitu sekitar tahun 1500 SM adalah lebih awal berbanding kelahiran agama Kristian dan juga agama Islam. Menurut pengikut Yahudi, agama ini dikatakan bermula apabila nabi mereka iaitu Moses menerima kitab Torah di gunung Sinai lebih kurang 3500 tahun dahulu. Orang Yahudi percaya bahawa kitab Torah yang kini dalam pegangan mereka adalah kitab suci yang sama yang telah diturunkan kepada Moses tanpa mengalami apa-apa perubahan. Dalam kitab Torah ini, terdapat undang-undang peraturan pemakanan agama Yahudi yang dikenali sebagai Kashrut. Undang-undang Kashrut antara lain mengandungi perintah makanan yang boleh dimakan golongan Yahudi iaitu digelar Kosher dan makanan yang dilarang makan bagi mereka iaitu dipanggil Therif. Orang Yahudi percaya Kosher dikuatkuasakan kepada mereka oleh Tuhan tanpa perlunya sebarang penerangan atau justifikasi atas sebab pengharaman makanan-makanan tersebut. Artikel ini akan cuba mengupas senarai makanan haram atau Therif bagi agama Yahudi seperti yang telah ditetapkan dalam kitab Torah mereka. Kajian dilaksanakan secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan kitab Torah serta pengaplikasian metod deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati pengharaman makanan dalam agama Yahudi melibatkan tiga isu teras utama iaitu (1) haiwan yang diharamkan, (2) pengharaman darah dan (3) pengharaman campuran daging dan susu, serta dua isu tambahan iaitu larangan makan pohon/buah tertentu dan status arak bukan buatan Yahudi.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Makanan Haram bagi Agama Yahudi berdasarkan Kitab Torah.pdf
Size
275.78 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bfdf274df156ff83738282a12f527534