Publication:
Penglibatan Belia Dalam Program Perpaduan Anjuran Ngo Belia di Sabah

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Badan Bukan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO (Non-governmental organisations) merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Masyarakat di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program berteraskan perpaduan. NGO ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. NGO ini giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli yang berdaftar dengan mereka ataupun masyarakat yang bukan ahli. Kajian ini berasaskan bahawa NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Kajian ini meneroka penglibatan NGO Belia dalam menerapkan perpaduan nasional dalam kalangan belia di Sabah melalui program yang dijalankan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen iaitu borang soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa NGO Belia di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan. Penglibatan belia dalam program berteraskan perpaduan telah membina hubungan etnik yang baik dalam kalangan masyarakat

Description

Volume:19

Keywords

belia, NGO, sukarelawan, kesepaduan, perpaduan

Citation