Options
Penerapan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Qalbu dalam Pembelajaran Abad ke-21: Cabaran dan Harapan
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2019
Author(s)
Mohd Nason, A.
Hanapi, M.S.
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan cabaran dan harapan terhadap usaha penerapan pendekatan pendidikan berasaskan qalbu dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21). PAK21 ialah suatu konsep yang menjadi elemen penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan lima daripada enam aspirasi murid yang menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Pendidikan berasaskan qalbu pula menekankan keperluan menerap kelima-lima elemennya iaitu kasih sayang, menyelami kehendak murid, pengamalan sunnah, kesucian jiwa dan keberkatan ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan ini boleh berlaku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan etika dan kerohanian perlu beragenda agar dapat memberi impak bermakna terhadap kejayaan akademik. Penglibatan guru diperlukan dalam mengaplikasikan elemen pendidikan berasaskan qalbu agar kejayaan tidak hanya diukur pada pencapaian akademik, tetapi turut mengutamakan etika dan kerohanian yang membentuk diri pelajar yang lebih kompeten dan berdaya tahan. Kajian kualitatif ini menemukan empat cabaran utama iaitu, tujuan dan matlamat pendidikan, kelompangan dalam penerapan elemen utama FPK, kebergantungan terhadap teori dan psikologi Barat dan usaha penerapan pendidikan berteraskan Islam. Harapan untuk melihat sistem pendidikan di Malaysia ini bersifat holistik dan mengutamakan pencapaian menyeluruh sabagai satu harapan yang perlu disusuli dengan usaha yang kuat melalui proses penerapan pendidikan berasaskan qalbu dalam PAK21.
File(s)
Loading...
Name
PENERA~1.PDF
Size
309.41 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):87b14052c8d381e7cfc07d2ea1077901