Options
Konsep Maslahah Dalam Kompilasi Hukum Islam (Khi): Satu Tinjauan Syarak Ke Atas Larangan Pernikahan Antara Agama
Journal
Malaysian Journal of Syariah and Law
Date Issued
2017
Author(s)
Sarif, A.
Mas'ad, M. A.
Ahmad, R.
Abstract
Misi Maslahah dalam Islam adalah untuk menjaga kehendak dan tujuan syarak dengan menjaga agama, jiwa, akal, nasab, dan harta. Oleh itu, maslahah bertujuan untuk mensejahterakan dengan menjamin kepentingan masyarakat secara adil demi kebahagian dunia dan akhirat. Banyak isu semasa yang dikaitkan dengan maslahah dalam menentukan status suatu hukum. Misalnya, pernikahan pasangan yang berlainan agama. Teks-teks syar'iy secara jelas telah menentukan status hukumnya. Namun begitu, ramai di kalangan cendikia muslim yang mencuba menggunakan pertimbangan maslahah dalam menentukan suatu hukum dengan mengetepikan prinsip yang sebenarnya asas ke atas maslahat tersebut. Kertas kerja ini memberikan tumpuan kepada hakikat maslahah mengikut pandangan ulama usul serta menganalisis pemakaian konsep tersebut dalam menentukan sesebuah hukum yang ditumpukan pada Kompilasi Hukum Islam.
File(s)
Loading...
Name
Konsep Maslahah Dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Satu Tinjauan Syarak Ke Atas Larangan Pernikahan Antara Agama.pdf
Size
630.33 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):95af6755d189737ba296b7ae83aa711d