Options
Kertas Konsep Pengintegrasian Ayat Hafazan al-Quran dengan Ilmu Aqli: Ke Arah Pembangunan Model di Kolej GENIUS Insan
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2022
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
10.33102/sainsinsani.vol7no1.373
Abstract
Pendidikan tahfiz di Malaysia semakin berkembang dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Mutakhir ini terdapat usaha untuk mengintegrasikan hafazan al-Qur’an dengan subjek-subjek akademik yang dipelajari pelajar. Namun, model integrasi ayat hafazan dengan ilmu aqli berlandaskan disiplin ilmu tafsir bagi kegunaan pelajar peringkat menengah belum diketengahkan. Kertas konsep ini bertujuan membangunkan model pengintegrasian ayat hafazan Al-Quran dengan ilmu aqli di Kolej GENIUS Insan. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Developmental Research (DDR) yang diasaskan oleh Richey dan Klein (2007) yang mempunyai tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian kebolehgunaan. Bagi analisis keperluan, tinjauan menggunakan temu bual dilakukan dalam kalangan guru, alumni, dan pelajar Kolej GENIUS Insan untuk melihat bagaimana pengintegrasian ayat hafazan Al-Quran dengan ilmu aqli diimplementasikan. Fasa kedua ialah mereka bentuk model menggunakan kaedah Focus Group Discussion (FGD) melibatkan 7 orang pakar dan membangunkan model menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method melibatkan 12 pakar. Model prototaip untuk integrasi ayat hafazan Al-Quran dengan ilmu aqli akan menjadi hasil fasa ini. Pada fasa ketiga, Nominal Group Technique (NGT) melibatkan 9 panel pakar akan digunakan untuk menilai kebolehgunaan model.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kertas Konsep Pengintegrasian Ayat Hafazan al-Quran dengan Ilmu Aqli Ke Arah Pembangunan Model di Kolej GENIUS Insan.pdf
Size
1007.53 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9dc30972578218d60e449e1c1ec98cd7