Publication:
Keizinan Termaklum Awal oleh Masyarakat Peribumi bagi Akses Kepada Sumber Biologi dan Pengetahuan Tradisi Berkaitan: Prosedur dan Isu

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (ABS 2017) yang digubal untuk melaksanakan Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan protokol yang berkaitan, menghendaki elemen keizinan termaklum awal (KTA) oleh masyarakat peribumi sebagai prasyarat bagi capaian terhadap sumber biologi dan pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber yang terdapat di tanah masyarakat tersebut. Masyarakat peribumi yang dimaksudkan di bawah ABS 2017 ialah masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia dan anak negeri atau peribumi di Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan oleh peruntukan yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan. Akta ABS 2017 yang diwartakan pada 18 Disember 2020 ini penting kerana menjadi undang-undang pertama yang memperuntukkan keperluan persetujuan masyarakat peribumidan masyarakat tempatan. Makalah ini mengkaji peruntukan dan prosedur yang ditetapkan oleh ABS 2017 untuk mendapatkan KTA dan isu yang boleh menjejaskan objektifnya. Penyelidikan dalam makalah ini berasaskan penyelidikan doktrin. Makalah ini mencadangkan bahawa kekurangan pengiktirafan yang mencukupi terhadap tanah masyarakat peribumi, khususnya orang asli di Semenanjung Malaysia, boleh menghalang matlamat yang ingin dicapai oleh undang-undang berkenaan. Makalah ini menekankan bahawa usaha bersepadu mesti diambil bukan sahaja pada peringkat kerajaan persekutuan, tetapi juga pihak berkuasa negeri, untuk melindungi hak masyarakat peribumi sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mencapai pembangunan lestari.

Description

Vol 35 No 1

Keywords

Masyarakat peribumi dan undang-undang, undang-undang perkongsian akses dan faedah, keizinan termaklum awal

Citation

WOOK, Izawati. Prior Informed Consent by Indigenous Communities for Access to Biological Resources and Related Traditional Knowledge: Procedures and Issues. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 35, n. 1, p. 119-140, dec. 2022. ISSN 2682-8057. Available at: <https://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8326>. Date accessed: 11 july 2023. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.35(1)no6.