Options
Corruption Perception Index (CPI)- Satu Tinjauan Awal di Malaysia
Date Issued
2023-11-30
Author(s)
Nurul Liliy Suzani Jalal
Universiti Sains Islam Malaysia
Abd. Hakim Mohad @ Mohamad Ramli
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Indeks Persepsi Rasuah adalah penilaian dan kajian yang dijalankan hingga menghasilkan sebuah laporan yang di laksanakan oleh Transparency International yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa. Indeks ini atau lebih dikenali dengan singkatannya iaitu CPI (Corruption Perception Index) adalah tertumpu kepada persepsi responden berikutan pengalaman mereka dalam berurusan dengan sektor awam sebuah Negara.Walaubagaimanapun, dapat dilihat kedudukan CPI Malaysia bermula pada tahun 2017 pada kedudukan 62 yang tidak stabil.Pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi berada ditempat ke 62 daripada 180 negara dengan skor 48 mata. Secara keseluruhan, penilaian dari CPI meliputi dari sektor-sektor yang penting seperti kerajaan, perniagaan dan sektor swasta, dan juga dari perspektif pengurusan kewangan dan perolehan. Pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi berada ditempat ke 62 daripada 180 negara dengan skor 48 mata.Pelaksanaan artikel ini dengan menggunakan kaedah literature review iaitu memerhati dan mengkaji secara perspektif pembinaan sosial, khususnya melalui kaedah ini digunakan untuk mendapatkan gambaran tentang skor CPI dari tahun ke tahun. Satu tinjauan awal dalam kajian ini dilaksanakan bagi meneliti secara terperinci penilaian Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia dari segi pencapaian CPI di Malaysia. Dapatan kajian dapat disediakan secara keseluruhan bagi melihat kajian-kajian lepas berkenaan pencapaian CPI sama ada dalam kedudukan yang lebih baik atau tidak stabil hingga memberi kesan terhadap sesebuah negara.
File(s)
Loading...
Name
Corruption Perception Index (CPI)- Satu Tinjauan Awal Di Malaysia.pdf
Size
226.89 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7e69403efa5edee3b3bb4e6fee4becec