Publication:
Pendekatan Semantik Dalam Terjemahan Isticarah Qurani Kepada Bahasa Melayu

dc.contributor.authorLubna Abd Rahmanen_US
dc.contributor.authorNasimah Abdullahen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T03:28:06Z
dc.date.available2024-05-28T03:28:06Z
dc.date.issued2019
dc.date.submitted22/12/2019
dc.description.abstractTerjemahan semantik diperkenalkan oleh Peter Newmark (1981) dan termasuk dalam kategori terjemahan langsung. Melalui pendekatan ini, penterjemah menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setakat yang dibenarkan oleh struktur dan sintaksis teks sasaran. Dalam erti kata lain, pendekatan ini mementingkan bentuk teks asal. Pendekatan ini dikatakan lebih sesuai untuk terjemahan dokumen undang-undang, teks agama dan buku ilmiah. Walau bagaimana pun, terjemahan semantik ada kalanya tidak dapat menyampaikan maksud teks sumber dengan tepat dan jelas dalam bahasa sasaran, yang boleh menyebabkan terjemahan sukar difahami, terutamanya apabila menterjemah teks yang mengandungi gaya bahasa metafora dan seumpamanya. Justeru, kajian ini cuba meneliti terjemahan istic arah dalam teks terjemahan al-Quran berbahasa Melayu untuk meninjau sama ada pendekatan semantik yang digunakan oleh penterjemah dapat menyampaikan makna dengan jelas atau sebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik analisis kandungan dan dihurai secara deskriptif. Beberapa terjemahan ayat al-Quran yang mengandungi gaya bahasa istic arah dipilih secara rawak daripada teks terjemahan makna al-Quran yang diterbitkan oleh Yayasan Restu dan Hidayah House of al-Quran. Secara umumnya, kajian mendapati bahawa kebanyakan pendekatan semantik yang digunapakai dalam menterjemah istic arah Qurani tidak dapat difahami dengan jelas dan dalam hal ini perlu kepada pendekatan atau strategi terjemahan lain atau gabungan kedua-duanya agar makna yang disampaikan dapat difahami oleh pembaca bahasa sasaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh ketinggian gaya bahasa al-Quran yang adakalanya tidak dapat dihuraikan secara semantik atau lahiriah semata-semataen_US
dc.identifier.epage14
dc.identifier.issn2180-0790
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4234
dc.identifier.volume21
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPersatuan Penterjemah Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal penterjemahen_US
dc.subjectterjemahan al-Quran, istic arah, semantik, Newmarken_US
dc.titlePendekatan Semantik Dalam Terjemahan Isticarah Qurani Kepada Bahasa Melayuen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pendekatan Semantik Dalam Terjemahan Isticarah Qurani Kepada Bahasa Melayu.pdf
Size:
314.05 KB
Format:
Adobe Portable Document Format