Options
Pengesahan Tandatangan Menurut Fiqh Dan Undang-Undang
Journal
Kajian Syariah Dan Undang-Undang
Date Issued
2012
Abstract
Tandatangan merupakan elemen penting bagi memastikan sesuatu dokumen itu diterima dari segi perundangan atau sebaliknya. Penulisan ini dibuat bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk tandatangan. Syarat-syarat dan kaedah pengesahan tandatangan secara manual menurut fiqh dan peruntukan dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Islam sememangnya telah mengiktiraf tandatangan sebagai salah sutu elemen terpenting dalam dokumen dan juga telah diperuntukkan dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997. Selain itu juga lslam telah menggariskan beberapa kaedah tertentu bagi memastikan tandatangan benar-benar asli dari pemiliknya dan secara tidak langsung mengelakkan daripada pemalsuan tandatangan dan penganiayaan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pengesahan tandatangan menurut Fiqh dan undang-undang.pdf
Size
940.16 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):731f53f6cf80dd18ff94d8324f433e5e