Options
Tabayyun: Adab dan Etika dalam Penyebaran Ilmu di Media Sosial
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Hamizah Binti Mohd Salleh
Nur Azyyati Iffah Binti Rahim
Nur Ainaa Syahirah Binti Azmi
Abstract
Dalam era digital yang meluas, media sosial telah menjadi salah satu platform utama untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat. Tabayyun merupakan proses penyelidikan dan semakan sebelum menyebarkan maklumat, serta menjelaskan peranan adab dan etika dalam penyebaran ilmu di m edia sosial. Dengan berkembangnya teknologi dan kemudahan akses kepada media sosial, maklumat dapat tersebar dengan cepat. Namun begitu, penyebaran maklumat ini dilakukan tanpa penelitian yang tepat, menyebabkan berlakunya penyebaran berita palsu dan pelan ggaran etika dalam konsep tabayyun. Kajian ini mengkaji tentang konsep tabayyun dan signifikannya dalam konteks penyebaran ilmu di media sosial. Selain itu, kajian ini juga membincangkan mengenai prinsip adab dan etika dalam penyebaran ilmu di media sosial serta kesan pengabaian konsep tabayyun dalam kalangan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada Al Quran, hadis, laman sesawang berautoriti, jurnal jurnal dan artikel. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberikan pandu an kepada mereka yang aktif di media sosial supaya menyebarkan maklumat yang sahih dan sentiasa mengamalkan konsep tabayyun ketika menerima maklumat di media sosial. Di samping itu, diharapkan juga agar kajian ini memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat agar tidak terjerumus dalam penyebaran berita palsu.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Tabayyun Adab dan Etika dalam Penyebaran Ilmu di Media Sosial.pdf
Size
473.56 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5dac44f2b4f1c64523b18e4e391a8b68