Publication: Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia
Loading...
Date
2012
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian lepas, ibu-bapa, rakan sebaya dan media massa seperti televisyen dan internet seringkali dikaitkan dengan pembentukan jati diri. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa bahan bacaan juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. Ini kerana, terdapat juga unsur nilai murni dalam bahan bacaan terutamanya bahan bacaan Bahasa Malaysia yang mampu membentuk jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada kesan bahan bacaan Bahasa Malaysia terhadap jati diri kanak-kanak. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan metode kepustakaan dan lapangan. Instrumen kajian yang digunakan meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa bahan bacaan Bahasa Malaysia memberi kesan positif terhadap pembentukan jati diri kanak-kanak.
Description
Keywords
pembentukan jati diri, bahan bacaan, kanak-kanak, nilai murni