Options
Teknik Retorik Penceritaan Hadis Naratif Sahih Al-Bukhari Berdasarkan Perawi Terpilih
Journal
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
Date Issued
2021
Author(s)
Nurhasma Muhamad Saad
Zulkipli Bin Md. Isa
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepelbagaian teknik retorik penceritaan dalam hadis naratif Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh tiga perawi terpilih sebagai data primer kajian iaitu: Aisyah binti Abu Bakr al-Siddiq, Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis deskriptif untuk menganalisis hadis-hadis naratif yang menggunakan pelbagai teknik retorik penceritaan seperti: teknik pemerian, teknik dialog, teknik pesanan dan teknik perulangan yang terdapat dalam hadis naratif Sahih al-Bukhari. Analisis ini berasaskan tema periwayatan yang diriwayatkan oleh perawi pilihan hadis tersebut, iaitu dengan membahaskan variasi tema yang telah mempengaruhi dan membentuk teknik penceritaan dalam hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Kajian ini telah merumuskan bahawa hadis naratif Sahih al-Bukhari banyak menggunakan teknik-teknik retorik penceritaan pemerian, dialog, perulangan, dan al-amthal. Kajian juga mendapati bahawa tiga teknik penceritaan iaitu teknik dialog, teknik pemerian dan teknik pesanan telah mendominasi dalam periwayatan hadis oleh ketiga-tiga perawi pilihan, manakala perawi Aisyah telah mendahului perawi-perawi lain dalam periwayatan hadis teknik dialog dan pemerian.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
217. Teknik Retorik Penceritaan Hadis Naratif Sahih Al-Bukhari Berdasarkan Perawi Terpilih.pdf
Size
412.31 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bdfb59d170f5a22756bef351d0e96fc9