Options
Pemahaman Ekstremis Terhadap Teks Wahyu: Analisis Linguistik dan Kontekstual
Date Issued
2025
Author(s)
Muhammad Muthi’ul Haqq Fatah Yasin
Abstract
Kemunculan ekstremisme dalam kalangan umat Islam moden berkait rapat dengan kaedah memahami teks agama, khususnya ayat al-Quran dan teks Hadis. Aliran ini menafsirkan sebahagian ayat al-Quran dan teks Hadis berkaitan jihad dan pemerintahan Islam secara literal sehingga menyebabkan asas keadilan dan rahmat ditinggalkan manakala tindakan kekerasan yang bertentangan dengan prinsip Islam diwajarkan. Kefahaman seperti ini menimbulkan persoalan sama ada muncul disebabkan kaedah pemahaman yang diperselisihkan atau kejahilan dalam memahami teks wahyu menurut kaedah yang ditetapkan ulama muktabar. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara linguistik dan kontekstual beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang sering dijadikan sandaran oleh golongan ekstremis, bagi menilai sejauh mana penyimpangan kefahaman berlaku. Pendekatan kajian kualitatif digunakan dengan menganalisis sebahagian ayat al-Quran dan teks Hadis digunakan oleh aliran ekstremisme pada aspek linguistik dan kontekstual. Dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dan dianalisis menggunakan kaedah triangulasi daripada sumber kitab muktabar . Hasil kajian mendapati kefahaman ekstremisme berpunca daripada kelemahan memahami teks wahyu mengikut garis panduan ditetapkan ulama terutamanya dari sudut struktur Bahasa Arab klasik dan pengetahuan tentang konteks Sunnah. Kesimpulan kajian menjelaskan keperluan memahami linguistik Bahasa Arab secara menyeluruh dan pengetahuan tentang asbab al-nuzul dan asbab wurud al-hadith dalam memastikan kefahaman diperolehi selari dengan prinsip Islam.
File(s)
Loading...
Name
Pemahaman Ekstremis Terhadap Teks Wahyu Analisis Linguistik dan Kontekstual.pdf
Size
332.41 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3e28be60f4ccd6189a0dc00e13becb6c