Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET)
  5. 2019 i-STET
  6. Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah: Suatu Analisis Perbandingan
 
  • Details
Options

Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah: Suatu Analisis Perbandingan

Date Issued
2019
Author(s)
Nor Zuhairah Binti Zulkiflee
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Makalah ini membicarakan mengenai Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, sebuah kitab akidah tulisan Abdul Qadir bin Hj. Wangah. Beliau adalah ulama dari Fatani dan lebih dikenali sebagai Baba Dir atau Ayah Dir Sekam dalam kalangan penuntut ilmu dan anak-anak murid beliau. Dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, Baba Dir mengetengahkan pegangan ulama salaf dan khalaf apabila berdiskusi dan memahami ayat-ayat mutashābihāt terutamanya yang berkaitan dengan zat dan sifat Allah. Beliau membangkitkan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pentafsiran ayat-ayat mutashābihāt dalam risalah beliau ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama pada zaman Nabi Muhammad SAW dan selepasnya dalam mentafsir dan memahami ayat mutashābihāt. Selepas Islam mula berkembang di serata dunia, percampuran budaya mula berlaku dan ramai manusia yang bukan Arab mula memeluk Islam. Disebabkan itu, munculnya fahaman-fahaman, pentafsiran yang meragukan dan bertentangan dengan sifat Allah yang suci, yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk. Kelompok yang ekstrem seperti mujassimah, mushabbihah dan mucaṭṭilah mempunyai fahaman yang jauh tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, masyarakat awam memerlukan bimbingan dan pentafsiran daripada ulama Ahl al-Sunnah untuk menangkis tafsiran mereka yang salah ini. Sekali gus, ini dilakukan untuk membetulkan fahaman masyarakat awam tentang ayat yang selalu dikelirukan maknanya ini. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif, yang secara spesifiknya menggunakan kaedah analisis kandungan, ke atas kitab Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati ulama Ahl al-Sunnah wa Jama’ah menggunakan kaedah ta’wīl dan tafwīḍ sebagai cara untuk memahami ayat-ayat mutashābihāt. Kaedah ulama Salaf dan Khalaf ini adalah kaedah yang sederhana berbanding pelbagai kaedah yang wujud dalam membincangkan ayat-ayat sifat yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Subjects

muḥkamāt, mutashābihā...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah_Suatu Analisis Perbandingan.pdf

Size

613.14 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):0a4d5414d4b03d346f71426ef3015109

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia