Options
التفسير الصوفي الإشاري في أعمال القلوب: دراسة نقدية في تفسير روح البيان للبروسوي
Journal
Jurnal At-Turath
Date Issued
2016
Author(s)
Mahyuddin Hashim Ambong
Abdul Rahman Obaid Hussain
Abstract
Tafsir Sufi Ishari iaitu satu bentuk tafsir yang berdasarkan isyarat yang tersembunyi yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran. Artikel ini memperkenalkan Tafsir Sufi Ishari karangan al-Burusawi dengan menggunakan pendekatan induktif dan deskriptif terhadap Tafsir Sufi Ishari bagi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu amalan hati dalam tasawwuf. Hasil dapatan kajian ini ialah Tafsir Sufi Ishari yang dikarang oleh al-Burusawi dalam isu amalan hati sebahagiannya adalah bertepatan dengan syarat, iaitu pertamanya, Tafsir Sufi Ishari berada dalam makna umum lafaz ayat yang ditafsir. Keduanya, hubungan Antara Tafsir Sufi Ishari dengan ayat tersebut adalah hubungan sebab dan musabbab. Sebahagian Tafsir Sufi Ishari oleh al-Busurawi tidak menepati syarat antaranya tafsiran yang dibuat terkeluar daripada tafsiran normal makna Bahasa Arab, mengumumkan yang khusus bukan pada tempatnya. Jika al-Busurawi hanya menghadkan tafsirannya kepada Tafsir Ishari sahaja maka tidak ada beza antaranya dengan tafsiran mazhab Syiah Batiniyyah. Walaubagaimana pun, keyakinan kita terhadap ilmunya dalam bidang tafsir, pengiktirafan beliau terhadap tafsir yang normal dan penolakan beliau terhadap Batiniyyah menjadikan Tafsir Isharinya boleh diterima.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
التفسير الصوفي الإشاري في أعمال القلوب دراسة نقدية في تفسير روح البيان للبروسوي.pdf
Size
812.62 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a26334d8a6b15ce7d39b03e745438ecc