Options
Pelaksanaan Kuasa Pemerintah dalam Kutipan Zakat di Zaman Kegemilangan Beberapa Pemerintahan Islam
Date Issued
2012-11-09
Author(s)
Zaini Nasohah
Nazira Alis
Shofian Ahmad
Mat Nor Mat Zain
Hairunnizam Wahid
Abstract
Makalah ini bertujuan menelitiperintah Allah ke atas para pemerintah untuk mengutip zakat daripada golongan yang layak serta membahaskan aplikasi dan kaedah penguatkuasaan zakat yang menjadi amalan pemerintah Islam sejak di zaman Nabi Muhammad s.a.w, para khulafa' al-rashidin serta beberapa pemerintahan Islam selepasnya. Aspek utama yang akan dibincangkan adalah pendekatan yang digunakan para pemerintah kerajaan Islam tersebut dalam mengurus dan mengumpul harta zakat daripada masyarakat Islam; adakah tertumpu melalui kaedah dakwah dan penerangan semata-mata ataupun melalui kaedah-kaedah lain yang lebih tegas. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan metode kajian analisa kandungan bagi mengumpulkan maklumat berkenaan perintah Allah ke atas pemerintah untuk memungut zakat. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan data berkaitan amalan penguatkuasaan zakat ketika zaman kegemilangan pemerintahan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga ke beberapa zaman pemerintah Islam selepas kewafatan baginda. Hasil kajian ini mendapati bahawa pendekatan pendidikan dan dakwah diaplikasikan oleh para pemerintah Islam terdahulu ketika umat Islam masih menjadi golongan minoriti iaitu ketika zaman awal kedatangan agama tersebut. Manakala kaedah masyhur yang seringkali digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan beberapa pemerintah Islam selepasnya adalah melalui penguatkuasaan lebih tegas iaitu mengutuskan amil untuk mengutip zakat secara langsung daripada masyarakat Islam dan bertindak tegas terhadap golongan yang enggan menunaikan zakat.
File(s)
Loading...
Name
Pelaksanaan Kuasa Pemerintah dalam Kutipan Zakat di Zaman Kegemilangan Beberapa Pemerintahan Islam.pdf
Description
Pelaksanaan Kuasa Pemerintah dalam Kutipan Zakat di Zaman Kegemilangan Beberapa Pemerintahan Islam
Size
280.93 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6d70504d39aeb9c372bf8a81305b2121