Options
Aplikasi Ijtihad Kolektif Dalam Fatwa Perubatan: Kajian Kes Terhadap Resolusi Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) Dari Tahun 1985 Hingga 1990
Date Issued
2020-10-15
Author(s)
Mohammad Naqib bin Hamdan
Mohd Anuar Ramli
Hussein ‘Azeemi bin Abdullah Thaidi
Nasrul Hisyam Nor Muhamad
Ahmad Che Yaacub
Aminuddin Ruskam
Hussin Salamon
Sulaiman Kadikon
Abstract
Ijtihad kolektif merupakan suatu usaha bersepadu yang menggabungkan kepakaran pelbagai bidang dalam merungkai permasalah fiqh yang timbul. Antara permasalah fiqh yang memerlukan aplikasi ijtihad kolektif adalah isu perubatan kontemporari. Hal ini kerana, isu perubatan merupakan suatu isu kompleks yang memerlukan para sarjana hukum Islam memahami dahulu gambaran isu perubatan tersebut sebelum memutuskan sebarang hukum. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep ijtihad kolektif dan aplikasinya dalam isu perubatan kontemporari dengan menjadikan resolusi Akademi Fiqh Islam Antarabangsa
(Internasional Islamic Fiqh Academy – IIFA) sebagai kajian kes. Kajian ini menggunakan metodologi kualititatif dengan menggabungkan analisis dokumen dan kajian kes. Hasil kajian menunjukkan IIFA telah memutuskan 29 resolusi perubatan daripada sejumlah 216 resolusi sepanjang 22 siri persidangan bermula tahun 1984 hingga 2015. Kajian kes ke atas 9 resolusi yang diputuskan pada tahun 1985 hingga 1990 menunjukkan semua resolusi diputuskan selepas melalui sesi perbincangan antara pakar rujuk hukum Islam dengan bantuan doktor pakar dalam bidang perubatan dan menepati konsep ijtihad kolektif.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
APLIKASI IJTIHAD KOLEKTIF DALAM FATWA PERUBATAN KAJIAN KES TERHADAP RESOLUSI AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA (IIFA) DARI TAHUN 1985 HINGGA 1990.pdf
Size
658.33 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):81698269f47ded7b629309fc47a7917e