Publication: Penterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandingan
No Thumbnail Available
Date
2020
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS
Abstract
Kerancakan kegiatan terjemahan buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dilihat amat
ketara berbanding di Malaysia yang hanya mencatat bilangan yang amat sedikit. Justeru,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah motivasi atau motif yang mendorong
kerancakan kegiatan terjemahan terhadap buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dan
apakah faktor yang menyumbang kepada kelambatan terjemahan buku berbahasa Arab di
Malaysia. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan
melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu,
Cina-Melayu dan Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa
melayu amat sedikit. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis
dokumen-dokumen, artikel-artikel dan kajian-kajian tentang terjemahan buku berbahasa Arab
di Indonesia dan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motif ideologi dan
pendidikan menjadi faktor utama kepada penterjemah di Indonesia untuk terus-menerus
melakukan aktiviti terjemahan. Selain itu, motif ekonomi juga turut mendorong penterjemah
dan penerbit rancak menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku agama.Walau
bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang menyebabkan
kelewatan aktiviti terjemahan dan penerbitan buku-buku agama seperti adanya proses
penapisan dan kawalan yang ketat terhadap penerbitkan buku-buku berbentuk fahaman dan
idealogi agama. Selain itu didapati bahawa kegiatan penerbitan lebih tertumpu terhadap hasil
penulisan jurnal ilmiah dalam institusi pendidikan berbanding terjemahan buku-buku
sehingga menyebabkan aktiviti terjemahan menjadi agak perlahan. Di samping itu berlakunya
pengurangan dana danstrategi pemasaran yang lemah turut memberi kesan kepada industri
buku negara. Namun begitu, aktiviti terjemahan buku-buku agama tidak harus dipandang
sepi.Perhatian serius pelbagai pihak perlu untuk menanggani masalah-masalah tersebut bagi
memastikan karya-karya ulung dunia mampu diterjemahkan dengan baik dan menarik lebih
ramai penggiat karya terjemahan menceburi bidang ini.
Description
Keywords
Penterjemahan, buku agama berbahasa Arab, Indonesia, Malaysia