Publication:
Penyakit Kanser Menurut Teks Manuskrip Perubatan Melayu Terpilih: Analisis Terhadap Simptom, Bahan Medika Dan Kaedah Rawatan

dc.contributor.authorWan Nur Fasihah Wan Nohen_US
dc.contributor.authorNurulwahidah Fauzien_US
dc.contributor.authorMuhammad Fawwaz Muhammad Yusoffen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T03:29:28Z
dc.date.available2024-05-28T03:29:28Z
dc.date.issued2022
dc.date.submitted2023-1-26
dc.description.abstractKanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan proses penyalinan sel baru dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan berlaku penyalinan yang baharu mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Oleh kerana penyakit ini merupakan penyakit yang jarang-jarang terjadi dalam kalangan masyarakat sejak tahun 4500 SM, ha/ ini dapat membantu mengembangkan pengetahuan pragmatik mengenai tumbuh-tumbuhan dan herba, bersama dengan idea umum mengenai petua dan cara merawat atau mencegah jangldtan kanser. Di antara 100 jenis kanser yang telah dicalatkan menurut pandangan para pengamal pengubatan tradisi Melayu dan dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih, kanser dijelaskan dalam pelbagai teks sebagai barah, ketumbuhan atau tumor. Dalam penelitian awal, penulis mendapati terdapal banyak kajian lepas yang membicarakan mengenai penyakit kanser ini dari pelbagai aspek, walau bagaimanapun, belum ditemui kajian yang cuba menganalisis perihal penyakit ini dari sudut pandang para pengamal pengubatan tradisi Melayu dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih. Justeru, dengan menggunakan metodologi analisis kandungan yang diaplikasikan dengan induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk; i) mengenal pasti akan sebutan penyaldt kanser dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih dalam kalangan manusia, ii) mengkaji simptom-simptom penyakit ini sebagaimana yang direkodkan dalam teks manuskrip perubatan Melayu lerpilih, iii) Menganalisis bahan-bahan medika digunakan bagi merawat penyakil kanser, iv) Menganalisis idea-idea rawatan dan petua dari perspektif pandangan pengubatan orang Melayu. Jangkaan hasil kajian kami mendapati bahawa orang Melayu diasimilasi dengan penyakit yangberkaitan dengan ramuan semula jadi untuk merawat penyakit dalam kehidupanseharian mereka. Semua bahagian anatomi tumbuhan yang digunakan: cabangakar, biji, kulit kayu, getah, dan ranting dengan lebih dan 20 jenis tanaman ubat, zat mineral dan minyak, bahagian dan produk haiwan digunakan untuk mencegah penyakit dalam kalangan masyarakaten_US
dc.identifier.epage80
dc.identifier.issn0128-6048
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage67
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4444
dc.identifier.volume29
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPerpustakaan Negara Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Filologi Melayuen_US
dc.subjectPenyakit Kanser, Manuskrip perubatan Melayu, Simptom, Bahan Medika dan Kaedah Rawatanen_US
dc.titlePenyakit Kanser Menurut Teks Manuskrip Perubatan Melayu Terpilih: Analisis Terhadap Simptom, Bahan Medika Dan Kaedah Rawatanen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files