Options
Penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani di antara Tawqif dan Ijtihad
Journal
Journal of Ma alim Al-Qur an Wa Al-Sunnah
Date Issued
2018
Author(s)
Al-Hamidy, A. Q. U. U.
Abstract
Al-Quran al-Karim diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS secara beransur-ansur dalam masa dua puluh dua tahun lebih. Setiap turunnya ayat kepada Nabi SAW, Baginda memanggil penulis wahyu untuk mencatatnya. Rasulullah SAW wafat setelah al-Quran selesai semuanya diturunkan dan semuanya ditulis dan disimpan di rumah Nabi SAW tanpa berurutan ayat-ayat dan surah-surahnya. Pada masa khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA, al-Quran disalin pada sebuah Mushafyang tersusun ayat-ayatnya, tidak surah-surahnya dan disimpan di rumah Abu Bakar RA selama hidupnya. Kemudian di rumah Umar bin Khattab RA selama hidupnya. Kemudian di rumah Hafsah binti Umar janda Rasulullah SAW. Pada masa khalifah Uthman bin Affan RA, al-Quran disalin pada beberapa buah Mushafyang sama bentuk tulisannya. Kemudian dikirim ke beberapa kota besar Islam bersama-sama dengan muqri' masing-masing. Kajian ini bertujuan mengenal pasti apakah penulisan al-Qurandilakukan secara tawqifidengan bimbingan langsung dari NabiSAW berdasarkan wahyu atau hasil ijtihad dari para sahabat penulis wahyu. Dalam perkara ini para ulama berbeza pendapat yang akan dihuraikan dalam pembahasan nanti. Untuk mencapai tujuan ini, metode kajian keperpustakaan digunakan bagi mendapat bahan-bahan yang berkaitan dengan permasalahan ini dan menganalisisnya dengan berpandukan dalil naqli dan aqli yangterakreditasi. Dapatan daripada kajian ini digunakan untuk kemaslahatan kaum muslim dalam mempertahankan keaslian tulisan al-Quran al-Karimdari serangan pihak-pihak yang memusuhinya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Journal of Maalim alQurʾan wa alSunnah_Vol 14 No 2 (2018)_Penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani di antara Tawqif dan Ijtihad.pdf
Size
718.99 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b8212c52c2dc77a4f0a858cfb1389ed5