Options
Analisis Etika, Keadilan dan Pembuktian Forensik dalam Sistem Kehakiman Moden: Kajian Terhadap Filem Yargi (The Judgment) Berdasarkan Undang-Undang Sivil dan Syariah
Date Issued
2025
Author(s)
Hazim bin Zusaimi
Abstract
Filem bersiri Yargı (The Judgment) merupakan drama jenayah dan kehakiman Türkiye yang mempunyai 95 episod dalam tiga musim disiarkan antara tahun 2021 hingga 2024. Karya arahan Ali Bilgin dan Sema Ergenekon ini bukan sekadar tontonan popular, tetapi refleksi falsafah terhadap dilema keadilan, etika profesional dan konflik moral dalam sistem perundangan moden. Kajian ini menganalisis representasi keadilan, etika kehakiman dan pembuktian forensik dalam Yargı dengan menilai hubungan antara undang-undang sivil Turkiye yang berakar daripada tradisi Eropah dan prinsip Syariah menegakkan keseimbangan nilai insani dan ketuhanan. Kajian ini meneliti adegan berkaitan prosedur kehakiman, bukti saintifik, dan dilema moral watak utama bagi memahami sejauh mana keadilan digambarkan dalam kerangka sivil dan Islam menggunakan reka bentuk kualitatif berasaskan analisis kandungan dan perbandingan doktrinal. Dapatan kajian menunjukkan sistem kehakiman moden digambarkan dalam Yargı sangat bergantung kepada rasionalisme undang-undang dan bukti forensik seperti DNA, laporan autopsi serta analisis makmal sebagai asas kebenaran. Namun, dalam perspektif Syariah, keadilan tidak hanya bersifat prosedural, tetapi juga bersumber daripada kejujuran niat, integriti dan prinsip al-bayyinah menuntut keseimbangan antara bukti zahir dan nilai batin. Rentetan itu, kajian ini menegaskan keadilan hakiki menuntut integrasi antara sains forensik dan nilai moral Syariah agar sistem kehakiman moden tidak terpisah daripada asas kemanusiaan dan dimensi spiritual.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Etika, Keadilan dan Pembuktian Forensik dalam Sistem Kehakiman Moden.pdf
Size
902.98 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e08e59208e6ff57d318943707388617f